comscore
Tumpuan :
Sukan

Kuching FC tunggu pemenang antara PDRM FC dan Penang FC 

Foto Facebook MFL

PETALING JAYA: Selepas dua pasukan ke aksi final bola sepak Piala Malaysia sudah diketahui menyaksikan pertarungan Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC, debaran kemuncak Piala Cabaran turut dinanti peminat tempatan.

Setelah  Kuching FC mengesahkan kedudukan pada perlawanan akhir, PDRM FC dan Penang FC akan berentap pada satu lagi aksi separuh akhir malam esok di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Kuching FC mara ke final selepas mengalahkan Kelantan United FC menerusi agregat 3-1.

Pada separuh akhir kedua yang berlangsung di  Stadium Sultan Muhammad Keempat petang tadi, Kuching city kendalian Aidil Sharin Sahak nampak jelas dahagakan kemenangan selepas aksi di tempat sendiri terikat satu sama.

Pelawat berjaya mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Abu Kamara.

Kebangkitan yang cuba dilakukan Kelantan United dipadam seorang lagi pemain import, Bruno Dybal untuk gol kedua Kuching City, minit ke-63 untuk kemenangan 2-0 Kuching City.

Menjelang pertemuan PDRM FC dan Penang FC separuh akhir  malam esok, Penang FC berkelebihan agregat 2-1.

Loading...
Terkini