comscore
Tumpuan :
Sukan

Kyrgyzstan pintas Harimau Malaya

Harimau Malaya berpeluang merampas kembali kedudukan tangga teratas Kumpulan ‘D’ sekurang-kurangnya meraih satu mata menentang Oman. FOTO: Ihsan FAM

PETALING JAYA: Kedudukan Harimau Malaya di tangga teratas Kumpulan ‘D’ pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2026 kini dirampas Kyrgyzstan.

Ia susulan kemenangan 2-0  Kyrgyzstan ke atas Taiwan pada perlawanan ketiga mereka di arena lawan Stadium Bolasepak Nanzih malam ini.

Meskipun kekurangan pemain selepas Said Datsiev dibuang padang seawal minit ke-24, Kyrgyzstan masih mampu mengawal perlawanan dan meledak dua gol pada babak kedua.

Gol menerusi sepakan penalti pemain pertahanan Valerii Kichin sembilan minit selepas permainan bersambung dan Kai Merk pada minit ke-80.

Kemenangan ini membolehkan Kyrgyzstan mengumpul enam mata menyamai  kutipan mata Harimau Malaya tetapi melonjak ke tangga teratas hasil kelebihan jaringan.

Jam 2 pagi ini waktu Malaysia, Harimau Malaya akan berdepan Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat.

Oman ketika ini di tangga ketiga, hasil kemenangan 3-0 ke atas Taiwan dan tewas 0-1 kepada Kyrgyzstan.

Manakala Taiwan kekal tercorot tewas ketiga-tiga perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini