comscore
Tumpuan :
Sukan

Langkah Tze Yong terhenti di suku akhir All England

FOTO: BAM

Oleh Fariz Zolkarnain

KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk mengikut jejak langkah Lee Zii Jia ke separuh akhir Kejohanan All England 2023 tidak kesampaian apabila tunduk kepada pemain China, Li Shi Feng, awal pagi tadi.

Tze Yong tewas dengan keputusan straight set 11-21, 11-21 dalam masa 41 minit.

Segalanya nampak serba tidak menjadi buat pemain di ranking ke-28 dunia itu selain faktor kepenatan ketika menentang pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen juga jelas kelihatan.

Kekalahan ini menyaksikan Tze Yong tewas dalam kesemua empat perlawanan menentang Shi Feng setakat ini.

Terdahulu pemain perseorangan lelaki profesional negara, Zii Jia berjaya melunaskan dendam ke atas Kodai Naraoka dari Jepun untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

Zii Jia yang juga juara edisi 2021 menebus kekecewaan menentang Naraoka di pusingan pertama Terbuka Malaysia, Januari lalu dengan kemenangan 21-9, 10-21, 21-13 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham.

Zii Jia dijadual berdepan juara 2018 dari China, Shi Yuqi bagi perebutan tiket ke pentas final.

Yuqi mara ke kelompok empat terbaik selepas menundukkan rakan senegara, Weng Hong Yan 21-9, 21-16 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Loading...
Terkini