comscore
Tumpuan :
Sukan

Lawan Bournemouth pun boleh kalah

FOTO: Reuters

Oleh: Fariz Zolkarnain

KUALA LUMPUR: “Lawan Manchester United boleh pula menang sampai 7-0, tapi lawan Bournemouth, kalah.”

Itu antara luahan penyokong Liverpool di seluruh dunia termasuk di Malaysia yang baharu sahaja menyaksikan skuad kesayangan mereka tewas kepada Bournemouth 0-1 di Stadium Vitality, sebentar tadi.

Gol tunggal permainan dijaringkan Phillip Billing pada minit ke-28.

Liverpool berpeluang menyamakan kedudukan selepas rehat namun sepakan penalti yang diambil bintang Mesir, Mohamed Salah pada minit ke-70 tersasar jauh dan lebih memalukan terus menuju ke tempat duduk penonton.

Perasaan kecewa, marah, sedih dan pelbagai lagi rasa menghimpit penyokong The Reds ketika ini.

Kekalahan ini menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp kekal di tangga kelima dengan 42 mata.

Tiada lagi idea untuk menulis, selamat malam dan selamat membalas komen penyokong-penyokong United di media sosial dan “Whatsapp group” masing-masing.

Loading...
Terkini