comscore
Tumpuan :
Sukan

Lebih ramai ‘jurulatih’ di luar sana – Faisal Halim

Faisal bersama rakan sepasukan dalam latihan di Doha menjelang pertemuan menentang Korea Selatan, Khamis ini. FOTO: Ihsan FAM

DOHA: Menjelang pertemuan penutup tirai kempen Piala Asia  Harimau Malaya menentang Korea Selatan di Doha, pada Khamis, masih terdengar nada kesal berbentuk kritikan pelbagai pihak dengan kekalahan tipis 0-1 di tangan Bahrain dua hari lalu.

Ramai yang mempersoalkan percaturan jurulatih Kim Pan Gon pada babak kedua, antaranya mengeluarkan pemain tengah Syameer Kutty Abbad dan diganti dengan pemain ‘tua’ Natxo Insa.

Harimau Malaya yang beraksi baik sepanjang 45 minit pertama gagal mengekalkan rentak sehingga membawa kepada jaringan kemenangan lewat Bahrain.

Begitupun rata-rata pemain tetap mempertahankan kewibawaan Pan Gon antaranya, penggempur utama Mohd Faisal Halim.

Secara sinis Faisal merumuskan lebih ramai ‘jurulatih’ yang bersuara setiap kali skuad negara mengalami kekalahan.

” Saya rasa kritikan ni perkara biasa, bila menang semua ok, semua bagus, bila kalah, macam2, lebih ramai jurulatih diluar sana, sebagai pemain kita terima sahaja, apa orang kata, penyokong kata, diorang ada hak menilai, ada hak boleh beri pendapat, tetapi tidak berhak buat keputusan, saya harap, rakan-rakan saya, dapat atasi kritikan itu”, kata Faisal.

Apapun diharapkan kritikan yang dilemparkan tidak  menjejaskan tumpuan pasukan berdepan Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Khamis ini, sebaliknya menjadi satu cabaran untuk mencipta keputusan lebih positif.

Loading...
Terkini