comscore
Tumpuan :
Sukan

Leclerc raih petak utama GP Azerbaijan

FOTO: Reuters

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

BAKU: Pemandu Ferrari, Charles Leclerc meraih petak pertama buat tahun keempat berturut-turut pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix Azerbaijan, hari ini.

Leclerc yang memburu gelaran juara kedua berturut-turut selepas menjuarai Grand Prix Itali, minggu lalu akan memulakan perlumbaan, esok bersama pemandu McLaren, Oscar Piastri di barisan hadapan.

“Ia adalah salah satu litar kegemaran saya. Ia bukan hujung minggu yang mudah bagi saya dengan kemalangan dalam sesi latihan pertama dan kemudian masalah dalam sesi latihan kedua dengan peralatan baharu,” kata Leclerc.

Sementara itu, juara dunia tiga kali, Max Verstappen terus bergelut apabila pemandu Red Bull itu sekadar menduduki tempat keenam dalam sesi kelayakan ketika dia berusaha untuk menamatkan kemarau kemenangan dalam enam perlumbaan.

Lando Norris yang ketinggalan 62 mata di belakang Verstappen dalam perebutan gelaran juara dunia berbaki lapan perlumbaan musim ini akan memulakan saingan esok di kedudukan ke-17 selepas tersingkir pada sesi kelayakan pertama.

Rakan sepasukan Leclerc, Carlos Sainz pula akan bermula di barisan kedua bersama seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini