comscore
Tumpuan :
Sukan

Lee Jii Zia sekali lagi tersingkir awal

Foto: BAM/ Facebook

KOWLOON, HONG KONG: Perseorangan negara, Lee Zii Jia sekali lagi tersingkir awal, kali ini gagal  melepasi pusingan kedua  Terbuka Hong Kong, selepas tewas kepada pemain Taiwan sebentar tadi.

Kekalahan Zii Jia pasti menimbulkan persoalan keupayaannya yang disenarai dalam program road to gold (RTG) sebagai prospek pingat emas Sukan Olimpik 2024  Paris dan Sukan Asia tahun ini,

Lebih mengecewakan Zii Jia tewas kepada pemain yang mengharungi pusingan kelayakan untuk ke undian utama,  Lee Chia Hao Lee, ranking ke-37 dunia menerusi perlawanan tiga set, 21-19, 17-21, 20-22.

Kesukaran Zii Jia mengatasi Chia Hao mula terbayang  apabila terpaksa berhempas pulas memenangi set pertama, 21-19.

Ia menjadi kenyataan apabila Chia Hao mengheret permainan ke set penentuan apabila menamatkan set kedua 21-17.

Foto: BAM/ Facebook

Set ketiga lebih rancak menyaksikan aksi pantas kedua-dua pemain.

Chia Hao yang mengejutkan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen 21-16, 21-10 pada pusingan pertama  semalam, terus menampilkan kawalan gelanggang kemas untuk mengakhiri cabaran Zii Jia di set penentuan menerusi kemenangan 22-20.

Harapan perseorangan negara kini terarah kepada Ng Tze Yong yang berjaya meneruskan kemaraan ke suku akhir.

Tze Yong melayakkan diri selepas menjinakkan pemain no 14 dunia dari Jepun Kanta  Tsuneyama pada saingan pusingan kedua.

Berada di kedudukan ke-20 dunia, Tze Yong menang 21-12, 21-11 dalam masa 41 minit.

Pada pusingan pertama kelmarin, Tze Yong turut melakar kejutan, menundukkan pemain  ranking ke-12 dunia,  Chou Tien Chen,  dari Taiwan 21-15, 21-19

Loading...
Terkini