comscore
Tumpuan :
Sukan

Lee Zii Jia iringi Tze Yong ke suku akhir

Lee Zii Jia. – foto: BWF

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

BIRMINGHAM – Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia bagai mendapat tonik tambahan selepas menyaksikan rakan senegara, Ng Tze Yong menumpaskan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen untuk ke suku akhir.

Dan dia turut tidK mahu melepaskan peluang sama untuk mara ke peringkat seterusnya dengan mengatasi lawan dari Jepun, Kenta Nishimoto menerusi kemenangan ‘straight set’.

Set pembukaan, aksi seimbang disajikan kedua-dua pemain sebelum Zii Jia menguasai permainan menerusi kemenangan 21-15.

Walaupun ada cabaran diberikan Nishimoto pada set kedua, dominasi mula ditampilkan di pertengahan aksi, mengutip mata demi mata sebelum menutup pertarungan yang berlangsung selama 44 minit dengan keputusan 21-10.

Ia satu keputusan positif yang amat penting buat Zii Jia ketika prestasinya agak terumbang-ambing sebelum ini.

Cabaran seterusnya di suku akhir, Zii Jia sekali lagi akan berdepan dengan wakil Jepun iaitu pemain ranking ke 6 dunia, Kodai Naraoka.

Loading...
Terkini