comscore
Tumpuan :
Sukan

Lewandowski terus kempunan gol di Piala Dunia

FOTO: REUTERS

Oleh Hazreen Mubarak

DOHA: Robert Lewandowski terus dirudum nasib malang untuk menyerlah di Piala Dunia apabila peluang emas sepakan penalti diambilnya di babak kedua gagal diterjemahkan pemain Barcelona ini sekaligus menyaksikan Poland seri tanpa jaringan dengan Mexico.

Berlangsung di Stadium 974, Lewandowski dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Hector Moreno 11 minit selepas babak kedua bermula namun diselamatkan penjaga gol, Guillermo Ochoa.

Kegagalan menyempurnakan peluang keemasan itu bermakna Lewandowski masih belum menjaringkan sebarang gol di peringkat Piala Dunia.

Keputusan berkenaan menyaksikan Arab Saudi yang mengejutkan Argentina 2-1 pada perlawanan sebelum itu kini mendahului Kumpulan C.

Loading...
Terkini