comscore
Tumpuan :
Sukan

Liek Hou juara dunia buat kali ketujuh

Liek Hou rangkul gelaran dunia di Tokyo hari ini.

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou merangkul gelaran juara ketujuh pada Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, Jepun, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas Liek Hou menewaskan musuh tradisinya, Dheva Anrimusthi dari Indonesia 21-14, 21-12 pada aksi final kategori SU5.

Kejayaan itu membolehkan pemenang pingat emas Paralimpik 2020 itu merampas kembali kejuaraan selepas kali terakhir memenanginya di Ulsan, Korea Selatan 2017, selepas kecundang di pentas separuh akhir pada edisi 2019 di Basel, Switzerland.

Pada kejohanan dunia 2019, Liek Hou bukan sahaja terpaksa melepaskan penguasaan dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas tewas kepada Dheva Anrimusthi, malah turut kehilangan kedudukan nombor satu dunia.

Pemain berusia 34 tahun itu juga berpeluang untuk meraih kejuaraan berganda pada Kejohanan Dunia kali ini apabila turut beraksi dalam final beregu lelaki hari ini.

Dia yang bergandingan bersama Faris Ahmad Azri akan berdepan pasangan Indonesia, Dheva-Hafizh Brilliansyah Prawiranegara bagi perebutan gelaran juara petang ini.

Jika muncul juara, ia akan menjadi gelaran dunia keenam buat Liek Hou dalam acara beregu lelaki. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini