comscore
Tumpuan :
Sukan

Liga bola sepak medan 9,000 remaja uji kemahiran 

PETALING JAYA: Dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia Malaysia (FAM), MILO x FAM Ultimate Experience telah merangka sebuah program eksklusif bagi 106 kanak-kanak berbakat berusia antara 6 hingga 16 tahun yang telah muncul pemenang dalam MILO Junior Champions League 2023.

Liga telah disertai 9,000 remaja di seluruh negara dalam lima kategori, memberikan mereka platform untuk menguji dan menyerlahkan kemahiran bola sepak masing-masing. Juara-juara remaja tersebut dibawa untuk menikmati Pengalaman Terhebat di ibu pejabat FAM, sambil menyelami segalanya tentang dunia bola sepak.

Para peserta diberi peluang unik untuk menyertai kelas pakar bola sepak di bawah bimbingan jurulatih bola sepak kebangsaan, yang berkongsi maklumat dan kemahiran berharga untuk meningkatkan prestasi permainan mereka. Susulan kelas tersebut, atlet-atlet muda itu dibawa melawat dan meninjau kemudahan canggih yang disediakan di ibu pejabat FAM.

Pengalaman ini turut meraikan kejayaan pasukan kebangsaan Malaysia melayakkan diri ke Piala Asia AFC 2023 selepas 42 tahun. Sempena pencapaian ini, juara-juara remaja tersebut telah dijemput menyaksikan siaran langsung tertutup di Sekolah Sukan Bukit Jalil, di mana mereka menyertai rakan-rakan pelajar dan menikmati perlawanan yang menarik antara Malaysia dan Bahrain dalam Piala Asia AFC 2023.

Pesta tontonan di 17 restoran tempatan di seluruh negara turut diadakan untuk masyarakat umum.  Acara yang meriah itu menghimpunkan para peminat bola sepak untuk menyokong pasukan Harimau Malaya yang beraksi di Piala Asia AFC 2023.

Acara-acara yang meraikan pencapaian Harimau Malaya memperlihatkan kesungguhan jenama memupuk semangat juara di peringkat akar umbi dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi minat terhadap sukan bola sepak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini