PARIS: Itali bangkit menewaskan Perancis 3-1 dalam aksi pembukaan Liga A Kumpulan 2 Piala Negara-Negara UEFA.
Bradley Barcola membuka jaringan untuk tuan rumah di bawah seminit apabila dia memintas hantaran ke belakang Itali dan melencongkan bola melepasi penjaga gol, Gianluigi Donnarumma.
Itali menyamakan kedudukan menerusi Federico Dimarco pada minit ke-30 hasil hantaran Sandro Tonali untuk kembali terikat sebelum rehat.
Lima minit di babak kedua, David Frattesi mengejutkan tuan rumah dan Giacomo Raspadori melengkapkan kebangkitan Itali dengan jaringan minit ke-74.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan berkenaan, Belgium menewaskan Israel 3-1 di Hungary selepas kota-kota di Belgium enggan menganjurkan perlawanan berkenaan susulan konflik Israel-Palestin yang masih berlarutan. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.