comscore
Tumpuan :
Sukan

LIGA PERDANA INGGERIS: Arsenal kembali ke kedudukan teratas liga

FOTO: arsenal.com

LONDON: Skuad kendalian Mikel Arteta kembali ke kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan penuh gaya selepas membenam Nottingham Forest menerusi kemenangan 5-0.

Bermula baik menerusi jaringan Gabriel Martinelli seawal minit kelima, penguasaan penuh disajikan Arsenal pada babak kedua.

Pemain gantian, Reiss Nelson jelas memanfaat peluang yang diberikan Arteta selepas dia masuk menggantikan Bukayo Saka yang mengalami kecederaan pada babak pertama.

Nelson menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit, meletakkan Arsenal selesa mendahului 3-0 pada minit ke 52.

“Memang cukup mengujakan, apabila sudah mula menjaringkan gol, permainan menjadi semakin menarik.

“Saya telah bekerja keras dalam latihan dan menunggu peluang untuk beraksi dan saya sangat gembira peluang itu akhirnya menjelma, apapun, Bukayo Saka adalah pemain penting pasukan, saya harap dia tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Pesta gol Arsenal tidak berakhir di situ, Thomas Partey kemudiannya menjadikan kedudukan 4-0 hasil jaringan menarik yang dilakukan dari luar kotak penalti.

Dan kapten pasukan, Martin Odegaard melengkapkan hari gemilang Arsenal pada minit ke 78 untuk keputusan penuh perlawanan memihak “The Gunners” dengan kemenangan 5-0.

Tiga mata yang diraih turut menyaksikan Arsenal kembali menguasai kedudukan teratas liga, mengumpul 31 mata, berkelebihan dua mata berbanding Manchester City di tangga kedua.

 

Loading...
Terkini