comscore
Tumpuan :
Sukan

Liga Perdana Inggeris – Brentford cipta sensasi, tundukkan Manchester City 2-1, Toney cemerlang cetak dua gol

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

MANCHESTER – Ivan Toney cetus sensasi tersendiri apabila dua gol jaringannya menyaksikan Brentford berjaya mengejutkan juara bertahan, Manchester City.

Kemenangan 2-1 yang diraih Brentford cukup manis, lebih-lebih lagi ia dilakar di gelanggang lawan, Stadium Etihad.

Menjadi pertemuan terakhir kedua-dua pasukan sebelum saingan liga terhenti seketika sempena Piala Dunia 2022, Brentford tampil garang, membuka jaringan menerusi sentuhan Ivan Toney pada minit ke 16.

Namun, City jelas tidak mudah gelabah, serangan demi serangan dilancarkan sebelum usaha mereka membuahkan hasil dengan Phil Foden menjaringka gol penyamaan di penghujung babak pertama.

Bersambung selepas rehat, City jelas lebih banyak mendominasi permainan, namun, gagal untuk membuat penyudah tepat walaupun Erling Haaland tampil mengemudi barisan serangan.

Memasuki masa kecederaan, ketika City rancak menyerang kubu Brentford, serangan balas pantas yang dilakukan membuka ruang buat Toney untuk menggandakan jaringan peribadi.

Dan pastinya ia gol yang cukup penting dengan Brendford menjadi pasukan kedua musim ini selepas Liverpool berjaya menewaskan City menerusi kemenangan 2-1.

Kekalahan City pastinya disambut baik Arsenal yang berpeluang mengukuhkan kedudukan sekiranya berjaya mengatasi Wolverhampton Wanderers awal pagi nanti.

Loading...
Terkini