comscore
Tumpuan :
Sukan

Liga Super: Kalahkan Kelantan 6-1, JDT kukuhkan kedudukan di tangga teratas

FOTO: MFL

ISKANDAR PUTERI:  Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Kelantan United 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi  untuk mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Super.

Dua kosong mendahului menerusi jaringan lewat babak pertama menerusi Bergson dan Silva pada minit ke-42 dan 45, tuan rumah meneruskan penguasaan pada separuh masa kedua.

Lima minit selepas rehat penyerang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi menjadikan kedudukan 3-0 sebelum menyumbat gol keempat dua minit berselang.

Kelantan United bagaimanapun berjaya menghukum kelekaan benteng tuan rumah apabila merapatkan kedudukan menerusi jaringan pemain Palestin, Layth Kharoub pada minit ke-65.

JDT kembali menambah jaringan dan Bergson melengkapkan hatriknya pada minit ke-75 untuk tuan rumah terus selesa mendahului 5-1.

Empat minit berselang menyusul gol keenam JDT menerusi gol sendiri pemain pelawat Muhammad Umeir Aznan.

Kemenangan ini membolehkan JDT mengumpul 28 mata selepas 10 perlawanan untuk terus menguasai tangga teratas.

Sementara Kelantan United kekal tercorot dengan mencatat kekalahan kesembilan daripada 10 perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini