comscore
Tumpuan :
Sukan

Liga Super kedua terbaik ASEAN

Aksi Liga Super Malaysia

KUALA LUMPUR: Di sebalik pelbagai isu yang melanda, saingan Liga Super Malaysia tetap mendapat perhatian positif apabila dinilai sebagai liga kedua terbaik di rantau Asia Tenggara ketika ini.

Berdasarkan statistik di laman sesawang Footy Rankings, saingan Liga Super mengumpul 58.1 mata untuk berada di belakang Liga Thailand,

Thai League 1 kekal menjadi lia terbaik di Asia Tenggara dengan nilaian mata 61.9.

Liga Vietnam, V League 1 berada di tangga ketiga dengan 58 mata diikuti beberapa liga Asia Tenggara yang lain termasuk Liga 1 Indonesia (57.4), Liga Filipina (54.5), Liga Perdana Singapura (52.2), Liga Kebangsaan Myanmar (47.7) dan Liga Perdana Kemboja (44.2).

Berdasarkan kedudukan terbabit, peningkatan saingan Liga Super didakwa turut disumbang oleh kejayaan kelab seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mara hingga ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 dan juga KL City muncul naib juara Piala AFC 2022.

Malaysia kini memiliki dua wakil kelab dari Liga Super yang akan beraksi pada kejohanan peringkat Asia iaitu JDT di ACL Elite dan Selangor dalam saingan ACL2.

Sementara itu, kedudukan teratas bagi peringkat Asia dikuasai Liga Korea Selatan ( K League 1) dengan mengumpul 72.9 mata, manakala Liga Jepun, (J1 League) di tangga kedua dengan 72.7 mata diikuti  Saudi League (71.8) di tangga  ketiga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini