comscore
Tumpuan :
Sukan

Liga Super: KL City terikat 1-1 dengan Kuching City

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City dan Kuching City berkongsi satu mata apabila terikat 1-1 dalam aksi Liga Super yang dihiasi dengan beberapa keputusan video bantuan pengadil (VAR) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Skuad City Boys bagaimanapun harus berpuas hati dengan keputusan itu apabila terpaksa bertahan lebih 50 minit susulan tonggak pertahanan mereka, Adrijan Rudovic dibuang padang pada hujung babak pertama.

Pemain naturalisasi yang juga kapten KL City, Paulo Josue menceritakan kem skuad City Boys apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-12 selepas rembatannya menewaskan penjaga gol Kuching City, Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Kuching City berjaya menyamakan kedudukan dua minit selepas itu, namun ledakan Yuki Tanigawa dibatallkan selepas semakan VAR yang menyaksikan berlaku kekasaran pemain Kuching City terhadap penjaga gol KL City, Azri Ghani sebelum jaringan itu dihasilkan.

Anak buah Aidil Sharin Sahak bagaimanapun kembali bersemangat apabila Pedro Henrique meledak gol penyamaan pada minit ke-19 dengan menyudahkan umpanan menarik Tchetche Kipre.

Malang menimpa KL City apabila skuad kendalian Miroslav Kuljanac itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Rudovic dilayangkan kad merah pada minit ke-38.

Rudovic pada awalnya diberikan kad kuning susulan terjahan bahaya dilakukan ke atas Jordan Mintah, namun pengadil, S Logeswaran kemudian menukar keputusan kepada kad merah selepas meneliti VAR.

Kesempatan itu bagaimanapun gagal digunakan sepenuhnya oleh Kuching City untuk maraih kemenangan dalam aksi sulung Liga Super musim ini apabila mereka tidak berjaya menambah sebarang jaringan hingga tamat permainan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini