comscore
Tumpuan :
Sukan

Liga Super: Penang FC gagal manfaat kelebihan tempat sendiri

Aksi pertemuan Penang FC (biru) menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Bandaraya petang tadi yang terikat 2-2. FOTO: MFL

PETALING JAYA: Kelebihan beraksi di Stadium Bandaraya gagal dimanfaatkan tuan rumah Penang FC apabila sekadar seri 2-2 menentang pasukan yang bergelut di kelompok bawahan Negeri Sembilan FC petang tadi.

Penang FC yang turun tanpa ketua pasukannya Rafael Vitor, dikejutkan dengan jaringan seawal minit pertama pelawat menerusi gol sendiri Aqil Irfanuddin.

Bagaimanapun penyokong tuan rumah kembali ceria apabila Rodrigo Dias mengikat kedudukan 1-1 selang 13 minit kemudian.

Dua minit berselang, giliran Penang FC di depan hasil percubaan penyerang  import baharunya, Dylan Wenzel-Halls.

Namun kelekaan minit-minit akhir babak pertama membuka ruang buat pemain baharu pelawat Sebastian Avanzini menyamakan kedudukan 2-2.

Selepas masing-masing beraksi 10 perlawanan, Penang FC yang dibimbing Akmal Rizal Ahmad Rakhli di tangga ke-9 dengan 11 mata, manakala Negeri Sembilan FC kekal di tempat kedua tercorot mengumpul lima mata.

Kejayaan membawa pulang satu mata pastinya melegakan pengendali baharu Negeri Sembilan FC, K Nanthakumar yang berjaya mengelak kekalahan kedua berturut-turut selepas tunduk 0-1 kepada Perak pada aksi terakhir, 14 September lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini