comscore
Tumpuan :
Sukan

Liga Super: Rekod tanpa kalah TFC di laman sendiri lebur

Pemain TFC, Manuel Ott (dua dari kiri) diasak pemain Selangor, Nooa Laine pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini. – Foto NSTP

KUALA TERENGGANU: Penyerang Selangor FC, Ronnie Fernandez hanya memerlukan 27 saat untuk mencipta gol terpantas dalam saingan Liga Super musim ini.

Gol itu dicipta ketika skuad The Red Giants kendalian Nidzam Jamil menundukkan Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.

Fernandez yang mendapat umpanan daripada Alvin Fortes tidak mensia-siakan peluang dengan melakukan rembatan kencang dalam kotak penalti sekali gus memperdaya penjaga gol, Suhaimi Husin.

Gol sensasi itu sekali gus berjaya memadam rekod gol terpantas 33 saat sebelum ini milik penyerang Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad ketika berdepan PDRM FC di Selayang pada 11 Mei lalu.

Kekalahan itu juga menyaksikan rekod tanpa kalah TFC di laman sendiri dalam saingan Liga Malaysia musim ini lebur.

Skuad TFC kendalian Tomislav Steinbruckner memperagakan aksi di bawah tahap sebenar dan gagal memecah benteng pelawat yang diketuai kapten, Safuwan Baharudin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini