comscore
Tumpuan :
Sukan

Lima wakil negara berentap pada suku akhir Badminton Terbuka China hari ini

FOTO: BAM

PETALING JAYA: Tiga beregu lelaki dan dua beregu wanita meneruskan cabaran Malaysia pada suku akhir Badminton Terbuka China di Changzhou, China, hari ini.

Apa yang pasti satu tiket ke separuh akhir sah milik Malaysia apabila dua beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani  berentap sesama sendiri.

Mengiring mereka gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang bakal menentang pilihan ke-4 dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto

Dua lagi wakil negara yang turut beraksi ialah beregu campuran, pasangan suami-isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.

Soon Huat-Shevon akan berdepan pilihan ketiga kejohanan iaitu Jiang Zhen Bang-Cheng Su Yin dari China.

Pang Ron-Su Yin pula menentang beregu Indonesia,  Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja.

Perlawanan suku akhir dijadual bermula jam 10 pagi ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini