comscore
Tumpuan :
Sukan

Liverpool-City sama handal

Reaksi pengurus City, Pep Guardiola selepas perlawanan. FOTO: Reuters

LIVERPOOL: Aksi menarik ditampilkan Liverpool dan Manchester City pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam tadi  yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Babak pertama jelas dikuasai City yang dibimbing Pep Guardiola memaksa Liverpool lebih banyak bertahan.

Minit ke-23 City di depan susulan sepakan sudut yang nyata mengelirukan benteng tuan rumah memudahkan pemain pertahanan John Stones menyempurnakannya dari jarak dekat.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp nyata berpuashati dengan aksi pemainnya Harvey Elliott. FOTO: Reuters

Meskipun meneruskan penguasaan selepas itu, ketumpulan jentera serangan City melegakan Liverpool dan kelebihan satu gol pelawat kekal sehingga babak pertama.

Selepas rehat aksi berbeza ditampilkan Liverpool.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp itu pantas mengasak dan hanya lima minit permainan bersambung kedudukan terikat 1-1 selepas Alexis Mac Allister menyudahkan sepakan penalti selepas penjaga gol City Ederson mengasari Darwin Nunez.

Permainan tambah rancak dan City hampir kembali di depan menerusi percubaan pemain gantian Jeremy Doku yang menggegar tiang gol.

Sejurus kemudian Doku terselamat daripada layangan kad merah apabila melakukan terjahan ke atas Mac Allister dan desakan Liverpool untuk dihadiahkan sepakan penalti tidak diendahkan pengadil.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat yang menyaksikan Liverpool gagal merampas kembali kedudukan teratas di tangan Arsenal.

Meskipun terikat 64 mata selepas 28 perlawanan, Arsenal lega mengekalkan kedudukan tangga teratas berdasarkan kelebihan jaringan.

City pula di tangga ketiga mengumpul 63 mata.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini