comscore
Tumpuan :
Sukan

Liverpool gasak Villa

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menjaringkan gol ketiga pasukannya melepasi penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez dalam aksi EPL di Anfield, Liverpool. -Foto: Reuters

LIVERPOOL : Dominik Szoboszlai memberikan Liverpool permulaan yang diimpikan disusuli Mohamed Salah menjaringkan gol ketujuhnya dalam tujuh aksi berdepan Aston Villa membolehkan tuan rumah menang mudah 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield.

Skuad kendalian Juergen Klopp yang menang 10 daripada 12 aksi terakhir menentang Villa, naik ke tangga ketiga liga dengan 10 mata daripada empat aksi, manakala Villa mengumpul enam mata.

Pemain tengah Liverpool, Dominik Szoboszlai meraikan gol jaringannya ketika menentang Aston Villa. – Foto: Reuters

Liverpool bermula cemerlang dengan gol pembukaan menerusi sepakan kaki kiri Szoboszlai dari luar kotak penalti selepas minit ketiga.

Salah pula yang dilaporkan menjadi sasaran perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad, meledak jaringan ke-188 dalam kariernya bersama Liverpool, selepas menyambar hantaran ke belakang pada minit ke-55.

Reaksi pengendali Liverpool, Juergen Klopp. – Foto: Reuters

Tuan rumah berjaya menggandakan jaringan, hasil gol sendiri pemain Villa, Matty Cash apabila tertampan bola rembatan Darwin Nunez yang terlebih dahulu terkena tiang dan menerjah jaring pada minit ke-22. – REUTERS

Loading...
Terkini