comscore
Tumpuan :
Sukan

Liverpool jumpa West Ham, Chelsea menentang Newcastle

Pemain Liverpool, Cody Gakpo (dua dari kiri) menjaringkan gol pertama menentang AFC Bournemouth pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Stadium Vitality, Bournemouth awal pagi tadi. – FOTO: Reuters

LONDON: Juara sembilan kali Liverpool akan berdepan West Ham United di laman sendiri pada suku akhir Piala Liga Inggeris selepas The Reds menyingkirkan Bournemouth dan The Hammers membenam Arsenal pada pusingan 16 terakhir awal pagi tadi.

Undian suku akhir turut akan menemukan Newcastle, yang menumpaskan juara bertahan Manchester United untuk menentang Chelsea, manakala Everton akan melawan Fulham.

Perlawanan suku akhir dijadual pada minggu bermula 18 Disember depan.

UNDIAN SUKU AKHIR:

Everton mln Fulham
Chelsea mln Newcastle United
Port Vale mln Middlesbrough
Liverpool mln West Ham United

-REUTERS

Loading...
Terkini