comscore
Tumpuan :
Sukan

Liverpool ke suku akhir Liga Europa, catat agregat 12-2

Pemain berusia 19 tahun, Bobby Clark (kanan) antara penjaring gol Liverpool dalam kemenangan besar 6-1 ke atas Sparta Prague di Anfield. – FOTO: Reuters

LIVERPOOL: Liverpool menjaringkan empat gol dalam tempoh 14 minit pertama ketika membelasah Sparta Prague 6-1 dan mara ke suku akhir Liga Europa.

Walaupun menang 5-1 pada perlawanan pertama, Jurgen Klopp menurunkan kesebelasan terkuatnya di Anfield.

Darwin Nunez dan pemain 19 tahun, Bobby Clark meletakkan The Reds di depan sebelum Mohamed Salah yang membarisi kesebelasan utama buat pertama kali sejak 1 Januari, meledak gol ke-20nya musim ini.

Cody Gakpo menjaringkan gol keempat sebelum Liverpool mula memperlahankan rentak menjelang kunjungan ke Manchester United untuk aksi Piala FA pada Ahad.

Veljko Birmancevic merapatkan jurang untuk Sparta, tetapi Dominik Szoboszlai dan Gakpo terus menambah jaringan untuk Liverpool di babak kedua.

“Ia kemenangan menakjubkan – dan 15 minit pertama yang sangat memukau. Ia apa yang kami bayangkan. Ia bukti keyakinan dalam pasukan ketika ini,” kata Gakpo selepas kemenangan 11-2 secara agregat.

Turut ke suku akhir pendahulu Bundesliga, Bayer Leverkusen yang memerlukan dua gol dalam masa kecederaan sebelum menyingkirkan Qarabag.

AC Milan, Marseille, Roma dan West Ham antara pasukan yang turut menempah tempat untuk undian suku akhir hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini