comscore
Tumpuan :
Sukan

Liverpool tumbang di Anfield

Penyerang Liverpool, Darwin Nunez dilihat kecewa selepas tamat perlawanan. – FOTO AFP
LIVERPOOL: Jurgen Klopp mengakui Liverpool meletakkan nasib mereka penuh berisiko untuk menempah tiket Liga Juara-Juara musim depan selepas permulaan buruk musim ini dengan terbaru tewas 1-2 kepada Leeds di Anfield, awal pagi tadi.

Gol minit ke-89 Crysencio Summerville menyebabkan kekalahan pertama The Reds di tempat sendiri pada saingan liga sejak April 2017.

Anak buah Klopp kini ketinggalan 13 mata di belakang Manchester City di tangga teratas dan lapan mata di belakang kedudukan empat teratas.

“Kami tidak boleh layak ke Liga Juara-Juara jika anda bermain tidak konsisten seperti yang kami lakukan pada hari ini.

“Kami perlu membetulkannya dan kemudian segala-galanya mungkin,” kata Klopp.

Buat kali kedua dalam tempoh seminggu, Liverpool ditewaskan oleh pasukan yang sebelum sepak mula bergelut di zon penyingkiran.

Klopp sekali lagi menuding jari beberapa siri kecederaan menjejaskan prestasi pasukannya selain jadual padat menjelang aksi Piala Dunia.

“Inilah situasinya sebenarnya. Sememangnya kami tidak mahu memberi alasan tetapi kami berdepan masalah sejak hari pertama lagi dengan kecederaan atau pemain yang tidak cergas sepenuhnya.

“Ada pula yang terlalu kerap beraksi. Apapun anda perlu berjuang dan terus berjuang untuk mengekalkan momentum dan keyakinan,” katanya.

Rodrigo Moreno meletakkan Leeds di depan seawal minit ke-4 sebelum Mohamed Salah menyamakan kedudukan minit ke-14 tetapi Summerville akhirnya memusnahkan impian Liverpool untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata.

 

Loading...
Terkini