Oleh: Al Shaiful Nazib Talib
KARAK: Jersi oren raja pecut menjadi rebutan memasuki peringkat keenam perlumbaan Le Tour De Langkawi 2023 hari ini.
Ia selepas berakhirnya cabaran pendakian kategori hors di Genting Highlands semalam.
Peringkat keenam hari ini, perlumbaan akan bermula di Karak, Pahang menuju ke Dataran Pahlawan di Melaka sejauh 174.5km.
Dua zon bukit ditawarkan hari ini di Gapoi (20.0km) dan Luak Inas (104.6km), namun tumpuan hari ini lebih terarah kepada pakar-pakar pecut yang mahu mengutip mata di tiga zon pecutan di Pelangai (34.4km), Batu Kikir (81.8km) dan Kuala Pilah (96.4km).
Berdasarkan kedudukan semasa jersi oren, pelumba Tudor Pro Cycling, Arvid De Kleijn masih diposisi teratas dengan jumlah 30 mata, diikuti Simon Carr dari pasukan EF Education Easypost dengan 29 mata.
Dua pelumba lagi, George Jackson dari pasukan Bolton Equities Black Spoke dan pelumba Astana Qazaqstan, Gleb Syritsa masing-masing mengumpul 27 dan 25 mata.
Dalam kalangan pelumba tempatan, hanya Muhd Izzat Hilmi Abdul Halil berada di kedudukan ke 11, namun, ketinggalan agak jauh dengan jumlah 7 mata.
Bermakna, fokus dua pasukan, skuad kebangsaan dan juga Terengganu Polygon kini lebih terarah kepada kemenangan peringkat menerusi penamat tiga terbaik pada baki tiga peringkat perlumbaan ini.
| ARTIKEL BERKAITAN
-
LTDL 2023: 128 pelumba mulakan aksi peringkat pertama
-
LTDL 2023: De Kleijn ungguli penamat di Kuala Terengganu, Aiman sarung jersi Raja Bukit
-
LTDL 2023: Kota Bharu destinasi penamat peringkat kedua
-
Van LTdL bawa tiga pelumba terbalik, tiada kecederaan serius
-
Senarai 22 pasukan sertai LTDL 2023 lengkap
-
LTDL 2023: Zanoncello rampas jersi hijau, Aiman Rosli terbaik Asia
-
LTDL 2023: Peringkat keempat kembali ke laluan landai
-
LTDL 2023: Jersi hijau kini milik Jackson, Babor cemerlang di penamat Meru Raya
-
LTDL 2023: ‘Queen Stage’ ke Genting Highlands cabar kemampuan pelumba