comscore
Tumpuan :
Sukan

LTDL 2024: Aiman mahu buat ‘breakaway’ lagi

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

PULAU LANGKAWI: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhd Nur Aiman Rosli mahu terus menggunakan kepakarannya membuat ‘breakaway’ secara solo pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024).

Dia yang sebelum ini menyarung jersi pasukan kebangsaan pada perlumbaan LTdL tahun lalu memang sinonim dengan strateginya membuat ‘breakaway’, turut pernah memakai jersi putih terbaik Asia pada peringkat ketiga dari Jeli ke Baling.

Kali ini, strategi sama akan digunakan Aiman dalam usahanya untuk meraih sesuatu pada perlumbaan kali ini.

“Persiapan kali ini, dalam beberapa bulan lepas saya dah pergi banyak perlumbaan, dah cukup persediaan untuk LTdL kali ini, harap dapat buat yang terbaik untuk pasukan, pasal ‘breakaway’ tu, macam biasalah, kita cuba, kita cari, ada 8 hari, tak semestinya hari ini, esok ada, apa-apapun saya akan cuba dalam lapan hari ini.

“Peluang tu memang sentiasa ada, macam saya cakap kena selalu cari peluang itu, jadi, pasukan kali ini memang lengkap, ada ‘sprinter’, ada ’rounder’, ada ‘climber’, jadi dari segi saya punya kriteria, saya suka kepada ‘breakaway’, saya akan cari ‘breakaway’ itu.

“Secara peribadi, saya nak menang jersi Asia, menang peringkat ke, saya akan cari apa-apapun podium ke kali ini”, kata Aiman sebelum memulakan sesi latihan pasukan hari ini.

Selain Aiman, pasukan TSG turut membariskan Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Muhd Nur Aiman Zariff dan pelumba yang akan membuat penampilan kali ke 15, Mohd Harrif Saleh selain dua pelumba import, Anatolii Budiak dari Ukraine dan Andreas Miltiadis dari Cyprus.

Perlumbaan LTdL 2024 akan memulakan kayuhannya di Pulau Langkawi esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini