comscore
Tumpuan :
Sukan

LTDL 2024: Hannah seru negeri-negeri kongsi dana anjur LTdL

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

BINTULU: Sejumlah lebih RM21 juta telah diperuntukkan bagi penganjuran Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 204) dan segalanya berlangsung dengan jayanya bermula di Pulau Langkawi sehingga penamat peringkat ke 8 di Bintulu, Sarawak.

Menurut Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, sebanyak RM12 juta disediakan kementerian untuk setiap edisi sepanjang tiga tahun penganjuran.

Dan kali ini, tambahan dari pihak penajaan menyaksikan sebanyak RM8 juta lagi berjaya dikumpul, menjadikan keseluruhan perbelanjaan perlumbaan kali ini mencecah sehingga RM 21 juta.

“Daripada Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara, kita membelanjakan sebanyak RM12 juta, untuk Le Tour de Langkawi”, kata Hannah.

Justeru, pelawaan telah dipanjangkan kepada semua menteri besar di setiap negeri untuk bergabung bersama, sekaligus dapat mekingkatkan jumlah dana perlumbaan.

“Saya rasa kebanyakan negeri mahu mengambil bahagian tetapi mereka tidak mahu mengeluarkan dana, itu cabaran untuk kami, jadi memang ada pihak yang dapat memberikan tempat dan minta datang ke negeri mereka, saya terpaksa memberi penjelasan di Parlimen tahun lalu.

“Cabaran kami adalah dari segi dana, kami cuba memberikan yang terbaik dengan dana yang dimiliki, untuk merangkumi sebanyak lokasi mungkin, yang kami rasa cukup menarik untuk pelancongan dan juga untuknpelumba tetapi seperti yang saya telah selalu katakan sebelum ini, menteri-menteri besar harus lebih memberi perhatian untuk menyediakan dana pembangunan sukan, tidak hanya melihat untuk memenangi acara di SUKMA, mereka harus lihat ia sebagai pelaburan kepada pelancpngan untuk membawa pelancong datang ke negeri mereka.

“Kita anjurkan perlumbaan ini (LTdL) sebagai acara tahunan, kami mahu mereka menyediakan sedikit dana terutamanya untuk portfolio ini, belia dan sukan.

“Untuk datang ke Sarawak ini bukan perkara mudah, kos untuknya meningkat dengan agak besar untuk kami, tetapi kami sangat bersemangat untuk memastikan ia menjadi kenyataan sebab kami mahu semua pelumba merasai pengalaman di kedua-dua lokasi, di semenanjung dan timur Malaysia”, tambah Hannah.

Dalam pada itu, Hannah turut menyatakan kegembiraannya atas kejayaan penganjuran perlumbaan LTdL edisi kali ini.

Perlumbaan yang merangkumi sehingga 11 negeri termasuklah Sarawak sejauh 1190km berjalan dengan cukup lancar.

“Kami dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN), kami gemnira kerana hari ini merupakan hari terakhir dan segala yang dirancang telah berjalan dengan lancar, kali ini kita mempunyai 22 pasukan, tiga daripadanya merupakan pasukan ‘World Team’, dan 132 pelumba yang telah hadir di sinilah”, kata Hannah lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini