comscore
Tumpuan :
Sukan

LTDL 2024: Penganjur sedia pelan laluan alternatif elak perlumbaan di neutral atau batal

 

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

 

PULAU LANGKAWI: Faktor cuaca yang tidak menentu di Malaysia ketika ini telah pun diambil kira penganjur perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024) yang akan memulakan saingan di Pulau Langkawi Ahad ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Emir Abdul Jalal, segala-galanya telah berada dalam radar selepas pengalaman sama pernah dilalui pada penganjuran edisi ke 2011.

“Untuk laluan di Langkawi dan sampai peringkat ke 6, kalau ikut memang ada hujan, perlumbaan kena jalan, undang-undang UCI, kalau kata keadaan berat, kalau banjir, sama ada neutralise atau batalkan, bukan tak biasa buat laluan alternatif, pihak kami selalu buat, kita tak kacau permulaan dengan penamat, kita tahu Langkawi ini laluan yang baik, dan seterusnya utara Kedah dah buat tinjauan laluan kami sangat baik, saya pun tengok balik 2011, Melaka ke Nilai, pertukaran tak ubah ‘start’ dengan ‘finish’, kita buat alternatif, ada laluan alternarif, kita dah lalui semuanya, kita punya pelan.

“Macam mana pun perlumbaan kena jalan, hujan panas lebat perlumbaan dekat dunia ni pun sama., presiden komisar akan putuskan semasa perlumbaan itu, banjir dia akan tentukanlah neutralise, penamat di mana-mana, ada cara dia, teruk akan dibatalkan, semua tempat ada persiapan malam itu, mesyuarat pengurus pasukan, kena kena lengkap ada zon pecut dan bukit, tiada sebab untuk nak tolak, kalau boleh, perlumbaan kena jalan takkan henti.

“Cameron Highlands dah periksa, tanah runtuh sangat minimum, kami pun faham, ada pasukan bahagian depan, ada kumpulan sokongan. EMRS kemudian pasukan ini ada wakil JKR di setiap daerah, tanah runtuh, pokok tumbang boleh uruskan setakat ini., kejadian ini memang kami ada pasukan uruskan, pasukan bahagian keselamatan., kita dah lengkap dah sistem, seluruh pasukan bekerja”, kata Emir.

Seramai 132 pelumba dari 22 buat pasukan akan memulakan saingannya nanti, menampilkan tiga pasukan ‘World Team’, 7 pasukan ‘Pro-Team’, 9 pasukan ‘Continental Team’ dan 3 pasukan kebangsaan.

Perlumbaan LTdL 2024 akan memulakan kayuhan di Pulau Langkawi Ahad ini dan akan berakhir di Bintulu, Sarawak pada 6 Oktober nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini