Oleh: Al Shaiful Nazib Talib
PULAU LANGKAWI: Secara rasmi, kesemua 22 pasukan yang mengambil bahagian pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 diperkenalkan kepada umum.
Dan semestinya, kelibat tiga pasukan negara, Terengganu Cycling Team (TSG), Malaysia Pro Cycling (MPC) dan skuad kebangsaan menjadi tumpuan pada acara berkenaan.
TSG diketuai Muhd Harrif Saleh selain Muhd Nur Aiman Zariff, Muhd Nur Aiman Rosli, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan dua pelumba import, Anatolii Budiak dan Andreas Miltiadis.
Sementara MPC membariskan sepenuhnya pelumba tempatan iaitu Muhd Zawawi Azman, Muhd Izzat Hilmi Abdul Halil, Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Muhd Fahmi Khairul dan Muhd Syawal Mazlin.
Pasukan kebangsaan pula diketuai Muhd Elmi Jumari, Muhd Afiq Huznie Othman, Muhsin Al Redha Misbah, Muhd Yusri Shaari, Abdul Azim Aliyas dan Tsen Ren Bao.
Turut menjadi tumpuan, tiga pasukan ‘World Team’, EF Education yang turut membariskan juara bertahan, Simon Carr.
Sementara Astana Qazaqstan menyenaraikan Gleb Syritsa manakala DSM Firmenich PostNL menjadi pasukan ‘World Team’ baharu yang mengambil bahagian.
Perlumbaan LTdL 2024 akan membuka tirai saingannya Ahad nanti dengan Pulau Langkawi menjadi lokasi peringkat pertama dan berakhir di Bintulu, Sarawak pada 6 Oktober.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.