comscore
Tumpuan :
Sukan

Lubnan tetap risau berdepan Harimau Malaya

Bitar bersama ketua jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic pada sidang media menjelang final Pestabola Merdeka. – FOTO: Ihsan FAM

SUBANG JAYA: Lubnan tetap waspada ancaman Harimau Malaya pada aksi final Pestabola Merdeka 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Meskipun berada di kedudukan lebih tinggi dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), penyerang Lubnan, Gabriel Bitar menyifatkan pasukannya perlu lebih fokus dalam usaha untuk mengatasi Harimau Malaya.

Menurut Bitar biarpun berada di kedudukan ke-134 dunia, pasukan tuan rumah memiliki barisan pemain berkualiti dan mampu memberi saingan sukar buat Lubnan.

“Saya fikir mereka (Malaysia) mempunyai ramai pemain berkualiti. Kami harus kekal sebagai satu pasukan dan perlu bermain lebih teratur.

“Jika kami beraksi dengan teratur, saya berasa mereka tidak boleh mengatasi kami dan kami perlu bertahan dengan baik,” katanya pada sidang media pra perlawanan di sini, hari ini.

Lubnan yang berada di kedudukan 116 dunia melangkah ke final Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan juara bertahan, Tajikistan 1-0, Rabu lalu menerusi gol kemenangan Jihad Ayoub.

Manakala Harimau Malaya tampak bergelut sebelum mengatasi Filipina 2-1 yang berada di ranking ke-147 dunia, pada satu lagi aksi separuh akhir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini