comscore
Tumpuan :
Sukan

Luqman sertai kelab Iceland, Njardvik FC secara pinjaman

KUALA LUMPUR – Negara Iceland menjadi destinasi terbaharu penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsuddin selepas dia disahkan dipancing kelab dari liga negara berkenaan, Njardvik FC.

Perpindahan itu disahkan sendiri kelab asalnya, KV Kortrijk dari Belgium dengan Luqman akan beraksi secara pinjaman selama semusim.

“Njardvík mencapai kata sepakat dengan KV Kortrijk untuk meminjam Luqman Hakim selama semusim sepanjang 2023.

“Luqman yang berasal dari Malaysia, adalah pemain di bahagian serangan dengan jumlah dua penampilan bersama Malaysia dan banyak penampilan bersama skuad junior.

“Pemain berusia 20 tahun itu termasuk dalam senarai 60 pemain muda berpotensi pada 2019. Dia menyertai Kortrijk pada 2020 dan membuat dua penampilan dalam Liga Belgium. Selain itu, dia juga beraksi bersama skuad B-21 Tahun kelab.

“Luqman tiba di negara ini dan kami tidak sabar untuk melihat dia beraksi dengan memakai jersi pasukan,” kata kelab itu.

Luqman membuat penampilan sulung bersama Kortrijk pada 24 Oktober 2020 ketika bertemu Anderlecht selepas dibawa masuk sebagai pemain gantian.

Graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu beraksi bersama skuad senior Kortrijk musim ini pada perlawanan menentang KVC Westerlo pada Oktober lalu.

Loading...
Terkini