comscore
Tumpuan :
Sukan

Madrid akui beraksi buruk

Vinicius Junior. – FOTO: Reuters

MADRID: Meskipun berjaya melayakkan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara mengatasi kelab Jerman RB Leipzig, juara 14 kali Real Madrid, tidak berselindung dengan aksi hambar mereka.

Madrid hanya mampu seri 1-1 pada aksi kedua  peringkat 16 awal pagi tadi di arena sendiri untuk mara dengan agregat 2-1.

“Kami beraksi dengan buruk, kurang intensiti dengan kebimbangan. Aspek psikologi pengaruhi permainan kami,” kata pengurus Madrid Carlo Ancelotti kepada Movistar.

“Kami menentang lawan berkualiti. Kami kurang tenaga dari awal sehingga akhir tetapi paling penting kami lolos ke suku akhir,” katanya lagi.

Menanti kunjungan Leipzig di Santiago Bernabeu, Madrid mendahului pada minit ke-65 menerusi jaringan Vinicius Junior tetapi pelawat pantas mengikat kedudukan 1-1 menerusi Willi Orban.

Ancelotti sebelum ini memberi amaran kepada pemain, mereka perlu berada pada tahap terbaik untuk mara dan kebimbangannya terserlah dengan menurunkan empat pemain tengah di belakang Bellingham dan Vinicius.

“Ia bukan hari terbaik buat kami tapi kami tetap gembira kerana objektik berjaya dicapai,” kata kapten Madrid Nacho Fernandez.

“Apabila sesuatu tidak mengikut seperti anda harapkan, anda perlu berjuang, bersaing dalam perlawanan seperti hari ini yang menjadikan anda berkembang dan belajar daripadanya.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini