comscore
Tumpuan :
Sukan

Main dengan panik dan tidak kawal emosi – Rexy

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky nyata begitu kecewa dengan prestasi Tang Jie-Ee Wei kerana gagal mempamerkan permainan cemerlang sejak semalam.

Katanya cuma bezanya ketika mengalahkan pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, gandingan nombor sembilan dunia itu mampu mengawal emosi hari ini.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal mengulangi pencapaian tahun lalu di Terbuka Malaysia apabila kalah di pusingan kedua kepada Hiroki Midorikawa-Natsu Saito di Axiata Arena.

Pasangan ini tumpas straight set 22-24, 14-21 kepada pasangan Jepun itu, sekali gus terlepas peluang mara ke suku akhir seperti tahun lalu.

“Hari ini apabila jumpa pasangan Jepun, mereka sudah mengawal perlawanan, tetapi pemain lawan tidak panik dan apabila gandingan lawan ‘pegang’ perlawanan, mereka hilang kesabaran.

“Bila Tang Jie ingin melakukan smash, ia tidak menjadi, main tak pakai otak, smash saja.

“Main dengan panik dan tidak kawal emosi. Bagi mata mudah kepada lawan. Ini tidak boleh berlaku lagi kalau pada tahap mereka sekarang,” kata Rexy.

Sementara itu Chen Tang Jie meluahkan kekecewaannya selepas tamat perlawanan.

“Kami memang rasa kecewa, sudah tentu kami boleh mempersembahkan persembahan lain dan bukan seperti ini.

“Mereka adalah pasangan yang bagus. Bagi kami mereka beraksi dengan lebih baik,” katanya.

Loading...
Terkini