comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia cari satu lagi mata untuk mara ke final BATC

Aaron – Wooi Yik bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menyumbang mata kedua tewaskan Koga – Saito. FOTO: Ihsan BAM

SHAH ALAM: Skuad negara terus mengekalkan momentum kemenangan apabila mendahului 2-0  pada aksi separuh akhir Kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, sebentar tadi.

Beregu pertama, Aaron Chia – Soh Wooi Yik tidak menghampakan meraih mata kedua apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengalahkan gandingan Akira Koga – Taichi Saito.

Ketinggalan 0-1 susulan kekalahan Kenta Nishimoto kepada Lee Zii Jia, kesungguhan Jepun memburu mata penyamaan jelas ketara menyaksikan Koga – Saito menampilkan penguasaan pada set mata sebelum mencatat kemenangan 21-15.

Set kedua lebih sengit, namun Aaron – Wooi Yik menepati status mereka selaku beregu nombor lima dunia apabila tidak mudah goyah dan mengheret saingan ke set penentuan apabila menang 21-17.

Segala-galanya nampak menyebelahi Aaron – Wooi Yik ketika lawan yang mendudukki ranking ke-14 dunia itu bagaikan hilang punca pada set penentuan.

Pantas mendahului 11-4, Aaron – Wooi Yik memastikan mata kedua negara apabila menamatkan set penentuan 21-10 pada perlawanan yang berlarutan 1 jam dan 6 minit itu.

Tumpuan kini terarah kepada perseorangan kedua Leong Jun Hao yang  ketika ini berdepan Koki Watanabe untuk  memungut mata ketiga sekaligus mengesahkan tempat skuad kebangsaan ke perlawanan akhir.

Laporan lanjut akan menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini