comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia jumpa Amerika Syarikat pada aksi pembukaan  Kejuaraan Bola Sepak Pekak Dunia di Kuala Lumpur

Foto Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia

PETALING JAYA: Malaysia akan menentang Amerika Syarikat pada Kejuaraan Bola Sepak Dunia kali ke-4 yang bermula  jam 9 malam, sabtu ini di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa Orang Pekak, DIFA, Lakov Frenkel dari Russia yang melakukan kunjung hormat ke Persatuan Bola Sepak Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya siang tadi.

Kejuaraan Pekak Dunia  yang menampilkan kategori lelaki dan wanita menyaksikan penyertaan 19 buah negara.

Frenkel seterusnya  berkongsi maklumat berkaitan Persatuan Bola Sepak Pekak Antarabangsa yang ditubuhkan 12 tahun yang lalu.

Foto Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia

Kunjungan Frenkel ke Wisma FAM yang disambut setiausaha agung FAM Datuk Noor Azman Rahman dan penolong setiausaha Rosman Mohd Ibrahim, turut disertai Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, MSDeaf, Ong Shin Ruenn.

Ditemani   setiausaha agung Kamarzaman Harun, MSDeaf  menyatakan usaha mereka untuk menubuhkan Persatuan Bola Sepak Pekak Malaysia.

Merealisasikan impian itu Shin Ruenn mengharapkan dapat bekerjasama dengan FAM dan seterusnya menjadi ahli gabungan badan induk itu.

Datuk Noor Azman memaklumkan yang FAM bersedia  untuk memberi bantuan dari segi sokongan peralatan dan kerjasama dalam mengadakan program bersama MSDeaf.

Loading...
Terkini