comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia jumpa Indonesia di suku akhir

Undian suku akhir wanita Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Shah Alam esok. FOTO: BAM / Facebook

PETALING JAYA: Skuad badminton wanita negara berdepan tugas berat apabila berdepan Indonesia pada suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Shah Alam esok.

Kekalahan kepada Thailand 1-4 pada perlawanan terakhir Kumpulan Y pagi tadi menyaksikan Malaysia akur selaku naib juara kumpulan dan terpaksa meniti undian sukar menentang Indonesia.

Indonesia muncul juara Kumpulan X selepas menang kedua-dua perlawanan masing-masing 5-0 ke atas  Kazakhstan dan Hong Kong.

Manakala Malaysia menewaskan Emeriah Arab Bersatu 5-0 sebelum kalah kepada Thailand.

Turut mencuri tumpuan pada saingan kalah mati esok, pertemuan China – Jepun.

Dua lagi perlawanan, India menentang Hong Kong, manakala Taiwan berdepan Thailand.

Kesemua perlawanan bermula jam 10 pagi di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di Shah Alam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini