comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia langsung sepak takraw Piala Asia pada Mei 2025

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur sekali lagi sedia menarik tumpuan pengikut sepak takraw serantau apabila menjadi tuan rumah Piala Asia.

Ia merupakan saingan yang julung-julung kali diperkenalkan dengan hanya pasukan terbaik Asia sahaja membuat penampilan.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Penganjuran daripada Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) yang diwakili Presidennya, Datuk Abdul Halim Kader menjelaskan penyertaan negara bertanding berbeza mengikut kategori.

“Setelah berbincang dengan ASTAF, ada empat acara kita cadangkan pada tahun depan, iaitu yang pertama regu ni wajib, maknanya kita cadangkan 16 negara. Selain itu acara regu berpasukan, beregu dan quadrant yang kita jangka mungkin paling tinggi pun lapan negara sahaja,” kata Datuk Sumali pada sidang media hari ini.

Piala Asia tersebut dijadual bermula bermula 10 hingga 17 atau 18 Mei depan di Stadium Titiwangsa.

ASTAF mengharapkan kejayaan dari penganjuran Piala Asia kali ini sebagai pembuka jalan kepada penyenaraian sepak takraw di temasya antarabangsa lebih besar iaitu Sukan Solidariti Islam 2025 di Arab Saudi.

“Kalau berjaya dengan baik, saya nak bertemu dengan Jawatankuasa Olimpik Arab Saudi, untuk memasukkan sepak takraw pada sukan itu di Riyadh yang menjadi tuan rumah pada tahun depan.” jelas Datuk Abdul Halim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini