comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia muncul juara berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara mencipta sejarah apabila muncul juara berganda pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menewaskan Thailand, malam tadi.

Malaysia terlebih dahulu bergelar juara dalam acara beregu selepas menewaskan musuh tradisi itu dengan kemenangan 17-16, 15-13 menerusi gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin.

Selepas itu, Malaysia sekali lagi menggamatkan Stadium Titiwangsa apabila trio dalam acara regu, Mohammad Syahir Mohd Rosdi (Muhammad Haziq Hairul Nizam), Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias berjaya mengejutkan Thailand menerusi kemenangan straight set 15-8, 15-12.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand adalah pada Super Siri Istaf di Melaka pada 2015.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini