comscore
Tumpuan :
Sukan

Mampukah Ratcliffe perbaiki nasib United?

Jim Racliffe mengaku beliau peminat tegar Manchester United dan bersedia untuk mengubah nasib kelab itu di tengah padang selepas membeli 25 peratus saham. – FOTO: Sir Jim Ratcliffe / X

MANCHESTER, ENGLAND: Jim Ratcliffe berjanji untuk menyesuaikan diri di Manchester selepas tiba dalam cuaca hujan lebat ketika kunjungan sulungnya ke Old Trafford sejak pengambilalihan saham minoriti diumumkan.

Apabila dialu-alukan kedatangannya dan ditanya pendapatnya mengenai hujan lebat, beliau ketawa dan berkata: “Saya perlu membiasakan diri dengannya!”

Ratcliffe berjalan masuk ke pintu utama sambil tersenyum dan diiringi seorang pengawal keselamatan yang memegang payung.

Bilionair perniagaan itu menghabiskan dua jam di Old Trafford berbual dengan beberapa pegawai sebelum pulang.

Bos INEOS itu, yang bersetuju dengan perjanjian membeli 25 peratus saham di kelab itu menjelang Krismas sekali gus mengambil alih operasi bola sepak, bertemu dengan pegawai kanan United termasuk ketua pegawai eksekutif sementara Patrick Stewart dan ketua pegawai operasi Collette Roche.

Kumpulan itu, yang tidak membabitkan mana-mana ahli keluarga Glazer, makan tengah hari bersama sambil membincangkan idea awal untuk mengubah nasib United di tengah padang.

Ratcliffe dan pasukan INEOS tidak boleh memainkan peranan aktif mengurus United hingga perjanjian itu disahkan bulan depan.

Namun pasukan Ratcliffe akan terus bermesyuarat di pusat latihan United di Carrington hari ini yang mana mereka akan bertemu pengurus Erik ten Hag.

Orang kanan Ratcliffe, Dave Brailsford – yang juga pengarah sukan di syarikat kimia INEOS – bertemu Ten Hag di Carrington Ahad lalu.

Brailsford turut menonton dua perlawanan terakhir United dari bangku penonton dan dibawa melawat Carrington oleh Stewart dan pengarah bola sepak John Murtough.

Ketua eksekutif INEOS, Jean-Claude Blanc dijangka mengambil alih sebagai CEO United manakala Brailsford mungkin dilantik sebagai pengarah bola sepak baharu.

Bagaimanapun Stewart dan Murtough dijangka mempunyai peranan dalam struktur baharu kelab. – AGENSI

Loading...
Terkini