
MANCHESTER, ENGLAND: Walaupun beraksi dengan hanya 10 pemain, Manchester City berjaya menumbangkan Nottingham Forest 2-0, sekali gus mengekalkan permulaan sempurna musim ini dengan kemenangan keenam berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.
Gol sumbangan Phil Foden dan Erling Haaland membantu pasukan juara bertahan menguasai 15 minit pertama.
Malangnya, kad merah dilayangkan buat Rodri seminit selepas rehat apabila dia menolak dan menjatuhkan Morgan Gibbs-White pada minit ke-46 membuatkan City terpaksa bekerja keras untuk meraih kemenangan.

Dengan sebahagian daripada perlawanan hujung minggu ini berlangsung malam ini, City menggunakan peluang itu untuk mengumpul 18 mata maksimum, lima mata di depan Tottenham Hotspur dan Arsenal, yang bertemu malam ini dan Liverpool, yang menanti kunjungan West Ham United.
“Kami bermain, saya boleh katakan, 51, 52 minit 10 menentang 11, jadi ia tidak mudah, tetapi kami amat fantastik.
“Saya fikir cara kami bermain pada babak pertama mengagumkan menentang pasukan sukar dari segi fizikal, kepantasan yang mereka miliki di bahagian depan,” kata pengurus City, Pep Guardiola. – REUTERS