comscore
Tumpuan :
Sukan

Man United tersingkir daripada Piala Liga

 

Pemain Newcastle United, Miguel Almiron (dua dari kiri) menewaskan penjaga gol Manchester United, Andre Onana bagi gol pertama pasukannya pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Old Trafford, Manchester, awal pagi tadi. – FOTO: Reuters

MANCHESTER: Permulaan buruk Manchester United musim ini berterusan awal pagi tadi apabila tewas 0-3 di laman sendiri  kepada Newcastle United pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris.

Newcastle mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi gol Miguel Almiron dan Lewis Hall sebelum mengukuhkan cengkaman mereka menerusi Joe Willock untuk mara ke suku akhir.

Gol Almiron meledak masuk pada minit ke-28 selepas Tino Livramento memenangi bola dan mengumpan kepada pemain dari Paraguay itu dan berjaya mengatasi penjaga gol Andre Onana.

Hall menggandakan kedudukan lapan minit kemudian, merembat voli ke penjuru gol selepas benteng pertahanan United gagal mengeluarkan bola dengan sempurna.

Kekecewaan bertambah buat penyokong tuan rumah apabila Willock pula menokok gol ketiga, sejam kemudian.

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag ‘merah padam’ apabila pasukannya diejek ketika keluar padang. – FOTO: Reuters

Sementara itu, Pengurus Manchester United, Erik ten Hag ‘merah padam’ apabila pasukannya diejek ketika keluar padang.

Pengendali dari Belanda itu nyata semakin tertekan selepas kecundang 3-0 kepada Manchester City di Old Trafford Ahad lalu.

Manchester United tewas lapan daripada 15 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan yang disifatkan pencapaian terburuk sejak  1972.

Berikut keputusan perlawanan bola sepak Piala Liga Inggeris (Piala Carabao) : Pusingan keempat

West Ham 3 Arsenal 1
Bournemouth 1 Liverpool 2
Chelsea 2 Blackburn 0
Everton 3 Burnley 0
Ipswich 1 Fulham 3
Manchester United 0 Newcastle 3

– REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini