comscore
Tumpuan :
Sukan

Manchester City juara EPL kali keempat berturut-turut

Manchester City raih gelaran keempat berturut-turut EPL – Foto: Reuters

MANCHESTER, England: Manchester City meraih gelaran keempat berturut-turut liga utama England menerusi kemenangan 3-1 mengatasi West Ham United sebentar tadi bagi mengatasi pencabar utama, Arsenal pada hari terakhir musim Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dua gol awal menerusi Pemain Terbaik Tahunan, Phil Foden mencetuskan suasana pesta di Stadium Etihad sebelum sepakan gunting Mohammed Kudus kembali membawa West Ham merapatkan kedudukan.

 

Pemain Manchester City, Phil Foden menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menentang West Ham United di Stadium Etihad, Manchester, Britain. – FOTO REUTERS

Namun Rodri mengesahkan kemenangan menerusi gol minit ke-59 seterusnya memberikan Pep Guardiola gelaran keenam dalam tujuh tahun.

Penyokong menari sambil bersorak: “Juara sekali lagi!” dan “Adakah anda melihat Arsenal?”

Dalam perebutan antara paling sengit dalam sejarah EPL, Arsenal boleh merampas kejuaraan jika City mencicirkan mata.

Bagaimanapun kemenangan 2-1 kelab London itu dalam pertemuan dengan Everton tidak mencukupi apabila mereka ketinggalan dua mata di belakang. – REUTERS

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hari terakhir musim 2023/24 awal pagi tadi:

Arsenal 2 (Tomiyasu 43, Havertz 89) Everton 1 (Gueye 40)

Brentford 2 (Janelt 48, Wissa 70) Newcastle 4 (Barnes 21, Murphy 36, Isak 38, Guimaraes 77)

Brighton 0 Manchester United 2 (Dalot 73, Hojlund 88)

Burnley 1 (Cullen 72) Nottingham Forest 2 (Wood 2, 14)

Chelsea 2 (Caicedo 17, Sterling 48) Bournemouth 1 (Badiashile 49-gs)

Crystal Palace 5 (Mateta 9, 39, 63, Eze 54, 69) Aston Villa 0

Liverpool 2 (Mac Allister 34, Quansah 40) Wolves 0

Luton 2 (Morris 45+1-pen, Doughty 55) Fulham 4 (Traore 43, Jimenez 45+3, 49, Wilson 68)

Manchester City 3 (Foden 2, 18, Rodri 59) West Ham 1 (Kudus 42)

Sheffield United 0 Tottenham 3 (Kulusevski 14, 65, Porro 59)

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini