comscore
Tumpuan :
Sukan

Manchester United bakal raih sokongan kewangan daripada pelabur Qatar

LONDON: Manchester United dijangka meraih sokongan kewangan daripada pelabur Qatar sekaligus membantu pengurusnya, Erik Ten Hag kembali memimpin kelab itu ke persada.

Menurut Sportsmail, kumpulan individu kaya di Qatar menyasarkan kelab yang dilihat mereka sebagai mahkota utama bola sepak.

Mereka akan membuat tawaran bagi mendapatkan United dalam beberapa hari lagi menjelang tarikh akhir pada pertengahan Februari yang ditetapkan Glazers dan percaya bidaan itu akan menghalang terus pencabar lain.

Hubungan rapat menjadi keutamaan bidaan mereka dengan mengambil kira pandangan penyokong mengenai masa depan kelab.

Satu daripada halangan utama ialah pemilikan Qatar Sports Investments terhadap Paris Saint-Germain (PSG).

Satu entiti tidak boleh memiliki dua kelab yang bersaing dalam kejohanan sama dengan United dan PSG boleh bertarung di Eropah.

Bidaan untuk mendapatkan United akan hadir menerusi entiti berasingan iaitu individu dan pelabur Qatar.

Menurut sumber, kumpulan itu mahu menggunakan pengetahuan mereka ketika menganjurkan Piala Dunia dan kini mencari projek baharu.

Loading...
Terkini