comscore
Tumpuan :
Sukan

Manchester United tumbang di Villa Park, Eric Ten Hag akui kesilapan ketika bertahan jadi punca

Foto – web Premier League

BIRMINGHAM: Rekod tanpa kalah Manchester United hanya bertahan setakat enam perlawanan sebelum skuad kendalian Eric Ten Hag dimalukan Aston Villa dengan kekalahan 1-3.

Ia satu keputusan yang agak mengecewakan, namun United masih kekal di kedudukan kelima liga dengan jumlah 23 mata selepas 13 perlawanan.

“Setiap kali sebelum memulakan perlawanan, memang pemain-pemain akan turun dengan semangat tinggi, itu standard terbaik kami, kita akan menyerang ke depan tetapi ia tidak berlaku pada perlawanan ini, terpaksa kembali untuk dapatkan bola dan pemain-pemain juga tidak dapat banyak berlari, paling utama kami tidak mengikuti peraturan ketika bertahan dan kita tewas pertarungan itu.

“Bahagian kedua separuh masa pertama, kita bermain lebih baik, berjaya mencipta peluang menerusi Alejandro Garnacho dan juga Cristiano Ronaldo, dan kemudian kita berjaya menjaringkan gol, jadi harapan kami untuk bangkit pada babak kedua, namun perkara sama berulang,” luah Ten Hag selepas perlawanan.

Manchester United bertandang ke Villa Park untuk mencari satu lagi kemenangan bagi meneruskan persaingan dalam kelompok lima pasukan teratas.

Namun, segalanya serba tidak menjadi apabil United dibolosi menerusi jaringan Leon Bailey seawal minit ke 7.

Dan ia semakin parah selepas sepakan percuma Lucas Digne pada minit ke 11 terus menerjah gawang United yang dikawal David De Gea.

Jaringan sendiri Jakob Ramsey di penghujung babak pertama kembali menghidupkan peluang United.

Bagaimanapun, empat minit sebaik permainan bersambung, Ramsey membalas kesilapan yang dilakukannya sebelum itu dengan menjaringkan gol ketiga Villa.

Usaha terus digerakkan Ten Hag untuk United kembali bangkit, ini termasuklah memasukkan Anthony Martial menggantikan Donny Van De Beek.

Namun, segalanya serba tidak menjadi dengan United akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 kepada Aston Villa.

Loading...
Terkini