comscore
Tumpuan :
Sukan

Mancini dilarang jumpa media pada perlawanan pertamanya bersama Arab Saudi

Perlawanan pertama Roberto Mancini selaku pengendali pasukan Arab Saudi. –  FOTO: REUTERS

NEWCASTLE: Pengendali skuad kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini dilarang Manteri Sukan negara itu daripada menghadiri sidang media selepas kekalahan 3-1 kepada Costa Rica dalam aksi persahabatan di St James’ Park.

Ia adalah perlawanan pertama Mancini bersama pasukan Timur Tengah itu. Larangan berkenaan dikatakan datang daripada kerajaan Arab Saudi sendiri.

Aksi persahabatan berkenaan diadakan di laman kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dan dihadiri lebih 5,000 penyokong.

Sebelum perlawanan, sekumpulan penunjuk perasaan membuat bantahan terhadap penggunaan stadium bersejarah itu oleh pasukan Arab Saudi.

Mereka turut memegang gambar beberapa orang pemuda Arab yang dikatakan bakal dihukum mati oleh kerajaan Arab Saudi.

Bekas pengendali Itali, Mancini dilantik memegang jawatan itu bulan lalu untuk kontrak sehingga tahun 2027.

Sepanjang lima tahun membimbing Itali, Mancini berjaya memenangi Euro 2020 tetapi gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2022.

Herve Renard meletak jawatan sebagai pengendali Arab Saudi pada Mac tahun ini.

Negara Timur Tengah itu dalam misi memenangi Piala Asia buat kali keempat tahun depan. – AGENSI

Loading...
Terkini