comscore
Tumpuan :
Sukan

Mane masih boleh beraksi di Piala Dunia

FOTO: Matthias Schrader/AP

MUNICH: Seluruh penyokong Senegal tergamam apabila melihat Sadio Mane cedera ketika beraksi bersama Bayen Munich dalam kempen Bundesliga, awal pagi tadi.

Situasi itu jelas membimbangkan tatkala kelibatnya menjadi taruhan negara pada kempen Piala Dunia Qatar 2022 yang berbaki kurang tiga minggu lagi.

Namun penolong jurulatih Bayern Munich Dino Toppmoeller mengesahkan kecederaan kaki yang dialami Mane tidak terlalu teruk.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Topmoeller mengurangkan kerisauan terhadap kemungkinan Mane terlepas kempen itu apabila menyatakan diagnosis awal mengesan kecederaan saraf kaki.

“Saraf kakinya cedera akibat terhentak, keadaannya tidak terlalu teruk.”

Mane digantikan berikutan kecederaan pada awal perlawanan ketika Bayern melayan kunjungan Werder Bremen dan digantikan bekas pemain sayap Manchester City, Leroy Sane pada minit ke-20.

Bekas bintang Liverpool itu kemudian terus dibawa menuju ke terowong untuk rawatan lanjut.

Senegal akan membuka kempen Kumpulan A di Qatar 2022 dengan menentang Belanda pada 21 November diikuti perlawanan dengan tuan rumah dan Ecuador.

Sepakan penalti Mane ketika penentuan sepakan penalti memastikan Senegal menewaskan Mesir untuk menjulang trofi Piala Negara Afrika buat kali pertama, awal tahun ini.

Loading...
Terkini