comscore
Tumpuan :
Sukan

Mane, Ronaldo temui sasaran untuk Al-Nassr

BURAIDAH, ARAB SAUDI: Sadio Mane dan Cristiano Ronaldo menemui sasaran dalam kemenangan kelab mereka, Al-Nassr 3-1 ke atas Al-Raed.

Ronaldo kini sudah menjaringkan tujuh gol liga musim ini dan mendahului senarai penjaring Liga Pro Saudi.

Kemenangan itu melonjak Al-Nassr ke tangga keenam, empat mata di belakang pendahulu, Al-Hilal.

Ketika babak pertama hampir berakhir tanpa jaringan, Mane memecah kebuntuan dalam masa kecederaan sebelum rehat untuk gol keenamnya musim ini.

Al-Raed kemudian terpaksa bermain 10 orang selepas Banderr Whaeshi dibuang padang.

Pemain gantian, Anderson Talisca menjadikan kedudukan 2-0 sebaik dimasukkan. Dia kemudian mengumpan bola untuk jaringan Ronaldo pada minit ke-78.

Al-Raed meledak gol tunggal mereka seminit sebelum tamat permainan menerusi sepakan penalti Mohamed Fouzair.

Al-Nassr akan bertemu Persepolis untuk aksi Liga Juara-Juara AFC pada Selasa ini. – AGENSI

Loading...
Terkini