comscore
Tumpuan :
Sukan

Marin juara All England, tewaskan Yamaguchi

Marin, juara Seluruh England 2024 tewaskan Akane Yamaguchi 26-24, 11-1 (Yamaguchi tarik diri). – FOTO: Reuters

BIRMINGHAM: Bekas pemain nombor satu dunia dari Sepanyol, Carolina Marin membuktikan masih memiliki sentuhan berbisa, apabila menjuarai saingan badminton All England, menewaskan bintang Jepun, Akane Yamaguchi di Arena Birmingham, malam ini.

Pemain berusia 30 tahun itu meniti laluan agak mudah, apabila Yamaguchi menarik diri pada set kedua, ketika Marin mendahului 11-1.

Set pertama berlangsung sengit menyaksikan Marin menang 26-24.

Yamaguchi, juara 2022, akhirnya terpaksa mengalah, menarik diri dipercayai mengalami kecederaan ketika permainan berlarutan 50 minit.

Kali terakhir Marin bergelar juara ialah pada 2015, menundukkan pemain India, Saina Nehwal.

Jepun sebelum itu turut kecewa apabila beregu wanitanya, Nami Matsuyama-Chiharu Shida tewas pada satu lagi aksi final kepada pasangan Korea, Baek Ha Na-Lee So Hee 19-21, 21-11, 17-21.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini