comscore
Tumpuan :
Sukan

Martial sah tinggalkan The Red Devils

Penyerang Perancis, Anthony Martial mengesahkan yang dia akan meninggalkan Manchester United selepas sembilan tahun. – Foto AGENSI

MANCHESTER: Penyerang Manchester United dan Perancis, Anthony Martial mengesahkan yang dia akan meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas sembilan tahun bersama.

“Dengan penuh emosi saya menulis kepada anda hari ini untuk mengucapkan selamat tinggal. Selepas sembilan tahun yang menakjubkan di kelab, tiba masanya untuk saya membuka babak baharu dalam karier saya,” kata Martial di media sosial.

Pemain 28 tahun itu menyertai United dari Monaco pada September 2015. Dia tidak beraksi dalam perlawanan bersama skuad senior sejak Disember kerana pembedahan pangkal paha.

Sepanjang karier di England, Martial memenangi Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa, tetapi belum pernah menjulang trofi EPL atau Liga Juara-Juara Eropah.

Dia mengumpul 317 penampilan bersama United dan meledak 90 gol dalam semua pertandingan.

“Manchester United akan sentiasa berada di hati. Kelab ini mempunyai pengaruh dalam karier saya dan memberikan saya peluang untuk bermain di hadapan anda.

“Saya pergi untuk mencari cabaran baharu, saya akan sentiasa menjadi seorang Red Devil dan akan terus mengikuti perkembangan kelab,” katanya.

Kontrak Martial berakhir pada musim panas ini. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini